Winners Business Opportunity

System Imun

Home
Tentang Syarikat
98% Gagal Dalam MLM
Plan Pemasaran
Apa itu Transfer Factor
Kehebatan Transfer Factor
System Imun
Kajian Saintifik
Testimoni Pengguna
Senarai Harga
Ingin Keterangan Lanjut
Hubungi Saya
Related Links

Apa itu System Imun 

Maklumat Asas Sistem Imun

Komponen Sistem Imun: Organ dan Sel

Kebanyakan organ dalam badan anda mempunyai peranan penting dalam pembentukan dan struktur sistem imun, termasuklah sumsum tulang, timus, nodus limfa, limpa, tonsil dan adenoid dan apendiks. Organ-organ ini bertanggungjawab terhadap tumbesaran, pembentukan dan penugasan limfosit, sel putih yang menjadi buruh utama sistem imun. Limfosit primer adalah sel-B, sel-T, sel pembunuh semula jadi, makrofaj dan sel dendrit. Setiap satu mempunyai peranan spesifik dalam mengekalkan kesihatan badan dan sistem imun anda.

Gerak Balas Imun

Gerak Balas Imun Primer

Kali pertama badan anda didedahkan kepada virus atau bakteria tertentu, sistem imun anda akan mengambil masa untuk mengenal pasti organisma penceroboh tersebut dan mencari jalan bagaimana untuk membunuhnya. Ketika masa ini berlalu, bakteria dan virus bertambah secara eksponen, oleh itu mempertingkatkan jumlah masa yang diambil untuk sepenuhnya menghapuskan jangkitan tersebut

Luka di kulit merosakkan sel dan membenarkan bakteria masuk ke dalam badan lalu memberi isyarat untuk gerak balas imun daripada makrofaj dan sel imun pembangkai yang lain.

Sel masta mengeluarkan bahan kimia yang mencetuskan keradangan, membenarkan sel imun lain untuk bergegas ke kawasan bermasalah.

Sebelum pengukuhan tiba, makrofaj dan sel imun yang telah dipra-stesenkan mula menyerang bakteria, memotongnya sehingga kecil lalu dinamakan antigen.

Ia kemudiannya diangkut ke nodus limfa di mana makrofaj tersebut melekap pada sel B dan sel T. Sel B mula mengeluarkan antibodi khusus untuk antigen atau kuman yang didedahkan kepada badan itu.

Antibodi mencetuskan gerak balas daripada sel imun tertentu seperti sel NK, makrofaj dan sel T pembunuh untuk menelan dan membunuh sel yang dijangkiti bakteria tersebut.

Sel T Pembantu memberi isyarat kepada antibodi dan juga sel T Pembunuh agar terus pergi ke tempat luka.

Ketika sel imun sedang mengendalikan bakteria, sel lain dinamakan platelet mula memulihkan luka dengan membentuk darah beku yang menutup luka.

Gerak Balas Imun Sekunder

Kali kedua badan terdedah kepada virus atau bakteria tertentu, sistem imun mengenal pasti organisma penceroboh tersebut dengan lebih pantas dan serta-merta mengetahui cara untuk memusnahkannya. Kerana jumlah masa dalam langkah ini lebih pendek, jangkitan dapat dihapuskan dengan lebih cepat. Transfer factor mencetuskan gerak balas imun sekunder dengan meminjam ingatan imun lembu atau ayam.

Luka di kulit merosakkan sel dan membenarkan bakteria masuk ke dalam badan lalu memberi isyarat untuk gerak balas imun daripada makrofaj dan sel imun pembangkai yang lain.

Sel masta mengeluarkan bahan kimia yang mencetuskan keradangan, membenarkan sel imun lain untuk bergegas ke kawasan bermasalah.

Sebelum pengukuhan tiba, makrofaj dan sel imun yang telah dipra-stesenkan mula menyerang bakteria, memotongnya sehingga kecil lalu dinamakan antigen.

Sel B, digerakkan oleh gerak balas imun yang terdahulu, mula mengeluarkan antibodi khusus untuk antigen atau kuman yang didedahkan kepada badan itu. Antibodi mencetuskan gerak balas daripada sel imun tertentu seperti sel NK, makrofaj dan sel T pembunuh untuk menelan dan membunuh sel yang dijangkiti bakteria tersebut.

Sel T Pembantu memberi isyarat kepada antibodi dan juga sel T pembunuh agar terus pergi ke tempat luka.

Ketika sel imun sedang mengendalikan bakteria, sel lain dinamakan platelet mula memulihkan luka dengan membentuk darah beku yang menutup luka.

Enter supporting content here

 Singapore / Malaysia / Indonesia 
 Tel:+6581133591 (Spore) / +60167368026 (Msia)