S: Apakah alergi dan siapakah yang terjejas akannya?
J: Alergi berpunca daripada kesilapan dalam sistem imun, dinamakan sebagai keadaan autoimun. Dalam situasi alergi, sistem
imun memberi reaksi yang kuat terhadap sesuatu yang dalam keadaan lain sebenarnya tidak berbahaya. Setiap tahun, lebih daripada
50 juta penduduk Amerika Syarikat (AS) menderita kerana alergi, termasuklah alergi makanan dan alergi bermusim dan juga asma.
Ia adalah penyebab penyakit kronik yang keenam hebatnya di Amerika Syarikat (American Academy of Allergy, Asthma and Immunology).
Alergi terjadi apabila badan memberi reaksi yang kurang sesuai terhadap suatu bahan yang dalam keadaan lain sebenarnya tidak
berbahaya. Simptom alergi termasuklah: hidung berhingus, mata berair, bersin, gatal-gatal, sakit kepala, batuk, hidung tersumbat,
kelesuan dan nafas terengah-engah.
Hampir 17 juta lawatan pejabat doktor disebabkan oleh alergi bermusim (American Academy of Allergy, Asthma and
Immunology).
Lebih 20 peratus daripada populasi AS menderita kerana penyakit alergi tertentu (American Academy of Allergy, Asthma
and Immunology). S: Bagaimanakah sistem imun berfungsi?
J: Kemampuan sistem imun untuk melindungi tubuh badan anda adalah menurut naluri dan juga dipelajari—dalam perkataan
lain, ia melawan pencerobohan menggunakan kedua-dua gerak balas semula jadi dan gerak balas diperolehi. Setiap individu dilahirkan
dengan imuniti semula jadi —kemampuan sistem imun untuk mengenal pasti penceroboh asing secara am. Bersama-sama dengan
pertahanan pasif seperti kulit, asid dan mukus perut, sistem imun semula jadi juga mengandungi mekanisme gerak balas imun
aktif termasuklah Pembunuh Semula Jadi, atau sel NK, dan makrofaj. Seperti semua agen pertahanan barisan hadapan, sel NK tidak
perlu didedahkan terlebih dahulu kepada mikrob berjangkit untuk bertindak. Ia hanya perlu mengenal pasti sel asing dan mula
bertugas.
Sebarang bahan yang mencetuskan suatu gerak balas imun dinamakan antigen. Kadangkala kuman melepasi sistem imun anda dan
anda mendapat demam selesema, flu, atau penyakit lain yang lebih teruk. Suatu penyakit adalah tanda ketara bahawa sistem imun
anda gagal merencatkan kuman tersebut. Tetapi anda tetap pulih; dan itu adalah bukti sistem imun anda sedang menjalankan tugasnya.
Ia mengumpul maklumat tentang penceroboh, memulakan pertahanan dan menghapuskannya dengan betul. Jika sistem imun anda tidak
berbuat apa-apa, jangkitan tersebut akhirnya akan menakluki badan anda.
Malangnya, sistem semula jadi yang paling kuat pun tidak dapat mengatasi semua jenis mikrob yang kita temui setiap hari.
Di sinilah imuniti diperolehi diperlukan. Sel imun mempelajari kemahiran baru dan membina alat baru untuk mengendalikan penceroboh
mikrob yang sentiasa bertambah. Tetapi agar sistem ini dapat menyesuaikan diri untuk menyerang, mula-mula ia perlu mengenal
pasti ancaman tersebut sebelum ia dapat membina alat untuk melawan, kerana itulah kadangkala anda merasa seperti “seolah-olah
akan sakit” selama beberapa hari. Berita baiknya ialah selepas sistem imun diperolehi membina alat untuk suatu jangkitan
khusus, ia mengingatinya dan bersedia untuk serangan yang berikutnya.
Keradangan adalah gerak balas serta-merta oleh sistem imun terhadap suatu jangkitan atau kecederaan, seperti apabila anda
luka pada lengan. Dalam kebanyakan kes, ketika sistem imun mengendalikan masalah tersebut, sel imun kemudian berundur dari
kawasan tersebut dan keradangan dan pembengkakan merosot. Tetapi kadang-kadang sel imun tidak mengundur dan keradangan berterusan,
menyebabkan masalah kronik dalam badan. Para penyelidik kini mula menemui kaitan antara keradangan kronik dengan begitu
banyak keadaan, termasuklah penyakit kardiovaskular, kencing manis dan penyakit Alzheimer.
Kadangkala sistem imun membuat kesilapan dan membuat tindakan yang tidak betul bagi situasi tertentu. Satu contoh kesilapan
tersebut ialah autoimuniti. Atas sebab-sebab yang tidak difahami sepenuhnya oleh ahli sains, sistem imun mula menyerang sel,
tisu, dan organ badan dengan cara yang sama ia biasanya bertindak terhadap suatu kuman. Keadaan autoimun termasuklah alergi,
fibromyalgia, artritis reumatoid, sindrom kelesuan kronik dan banyak lagi.
S: Bagaimanakah alergi dan sistem imun saling berkait?
J: Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, alergi adalah gangguan autoimun, atau situasi di mana sistem imun membuat
kesilapan. Dalam situasi alergi, sistem imun memberi reaksi yang kuat terhadap sesuatu yang dalam keadaan lain sebenarnya
tidak berbahaya. Sistem imun tersilap mengenal pasti alergen sebagai penceroboh, dan sistem imun bertindak lampau dan mendatangkan
kerosakan kepada badan. Alergen tersebut mungkin sejenis makanan, sejenis debunga tertentu atau sejenis bulu haiwan tertentu.
Contohnya, seseorang yang alergi terhadap debunga lebah mungkin mengalami hidung berhingus, mata berair, bersin atau gatal-gatal,
setiap kali dia berada dekat dengan debunga. Simptom alergi lain yang biasa dialami termasuklah sakit kepala, hidung tersumbat,
kelesuan dan nafas terengah-engah.
S: Apakah nutrien yang penting untuk melawan alergi?
J: Penyelidikan saintifik telah mendedahkan beberapa nutrien penting yang mampu menyokong sistem imun dan melindungi badan
anda daripada kesan kerosakan akibat alergi.
Transfer factor, molekul kecil yang memindahkan imuniti daripada satu entiti kepada suatu entiti yang lain, mampu menggalakkan
atau mengimbangkan sistem imun, apa sahaja yang diperlukan oleh situasi tertentu tubuh badan anda. Ia menggalakkan kemampuan
sistem imun anda untuk mengingati pencerobohan yang lalu, membenarkan badan anda untuk bergerak balas dengan lebih pantas
terhadap ancaman kesihatan yang serupa. Transfer factor mendidik sel imun yang naif tentang bahaya yang sedia ada atau potensi
bahaya dalam badan anda, berserta dengan pelan tindakan dan juga mempercepatkan fasa pengecaman bagi suatu jangkitan.
Kerana situasi imun unik yang melingkungi alergi, bahan yang menggalakkan gerak balas sistem imun tidak akan membantu memperbaiki
masalah tersebut. Malah, ia boleh memburukkan lagi masalah dengan membantu sistem imun terus bertindak lampau terhadap suatu
bahan yang dalam keadaan lain sebenarnya tidak berbahaya. Apa yang diperlukan ialah sesuatu untuk menenangkan sistem imun
yang bertindak lampau itu dan mengembalikan keseimbangan. Transfer factor mempunyai kemampuan unik untuk menindas sistem imun
dan membantunya agar berhenti bertindak lampau terhadap bahan tertentu. Transfer factor boleh diekstrak daripada pelbagai
sumber, dua sumber yang paling berkuasa dan paling banyak didapati ialah kolostrum lembu (susu pertama) dan telur ayam. Penggabungan
kedua-dua sumber transfer factor ini dapat memberi spektrum sokongan yang luas, mempergunakan kekuatan dua haiwan untuk kuasa
maksimum sistem imun anda.
Asidofilus ialah probiotik, atau bakteria baik. Probiotik membantu melawan penyakit, memetabolismekan hormon dan memberi
khasiat kepada sel baru. Sensitiviti terhadap makanan boleh disebabkan oleh kekurangan bakteria baik. Asidofilus menambah
bilangan bakteria baik dalam badan dan bertugas menyediakan sistem imun untuk berhadapan dengan disfungsi seperti alergi.
Enzim membantu badan anda memecahkan protein, gula, karbohidrat dan lemak yang diserap setiap hari. Semakin usia kita meningkat,
kemampuan untuk menghadamkan makanan dengan betul semakin berkurangan. Enzim boleh membantu orang-orang yang mengalami masalah
alergi makanan dengan memecahkan protein tak hadam menjadi pecahan kecil, maka mengurangkan kebarangkalian reaksi alergi.
Kisah Kejayaan
Alvaro B. New York, New York Sejak kecil saya telah mengalami alergi dan asma. Saya mempunyai sistem
imun yang amat lemah. Ia semakin menjadi-jadi apabila dewasa. Saya mengalami kesakitan yang berterusan di tekak, hidung, otot
dan sendi. Saya juga menghidapi kelesuan kronik. Apabila berpindah ke New York saya teIah dirawat oleh para profesional dalam
bidang perubatan. Mereka memberi saya bermacam-macam perkara untuk merawat masalah saya ini. Tiada satu pun yang mereka cuba
memberi kesan. Setiap kali musim berubah keadaan saya bertambah buruk.
Pada suatu hari ketika saya berada dalam kelas bersama seorang rakan, rakan tersebut telah mencadangkan suatu produk transfer
factor untuk alergi saya. Saya mula mengambil produk tersebut dan menjelang tengah hari pada keesokan harinya, saya telah
berubah seratus lapan puluh darjah. Saya mula mengambilnya selalu. Saya tidak pernah berasa sehebat ini seumur hidup saya.
Saya tidak lagi perlu pergi berjumpa doktor untuk masalah alergi.
Vincent H. Red Hill, Pennsylvania Saya telah menderita akibat alergi bertahun-tahun lamanya. Saya
mempunyai alergi terhadap rumput, habuk, debunga, rumpair rag (ragweed), kulapuk dan minyak wangi. Saya juga mengalami alergi
makanan. Ketika musim alergi, saya tidak boleh makan apa-apa pun yang mengandungi tomato, coklat atau kola. Saya pergi berjumpa
doktor, saya menerima suntikan alergi selang seminggu, ubat titis mata, semburan hidung dan ubat-ubatan alergi. Sehingga saya
terpaksa membawa bersama di dalam kereta saya kotak yang berisi pelbagai jenis semburan, pengabus dan lain-lain, hanya untuk
memastikan agar saya akan dapat meneruskan hari tersebut. Saya kepenatan. Saya terpaksa tidur di kerusi di waktu malam. Saya
tidak dapat baring di atas katil. Saya mengalami kerengsaan. Saya kekurangan tenaga.
Saya mula mengambil suatu produk yang mengandungi transfer factor. Setelah beberapa minggu—alangkah berbezanya! Amat
sukar untuk digambarkan kepada orang lain! Saya sudah biasa bersin sepanjang waktu ketika di tempat kerja. Saya tidak melakukan
perkara tersebut lagi. Saya tidak lagi membawa sapu tangan ke sana sini. Saya juga tidak membawa kotak tisu. Dan sejak itu
saya tidak lagi pergi bertemu doktor alergi saya!
Kiya C. Walnut Creek, California Selama sebahagian daripada kehidupan ini, saya telah bergelut dengan
alergi terhadap makanan, debunga, habuk, haiwan, dan lain-lain. Kadangkala saya berasa bahawa saya terdampar ke dalam badan
yang tidak mampu mengendalikan kehidupan. Dengan melibatkan diri dalam bidang holistik dan mengimbangkan tenaga, saya menjadikan
keutamaan untuk memberi tumpuan terhadap kesihatan dan kesejahteraan diri saya. Dalam tahun-tahun yang telah dilalui, kemajuan
saya amat membanggakan, kecuali dua perkara yang amat menyukarkan, alergi saya terhadap kucing dan anjing. Amat mencabar bagi
saya, secara sosial, dan saya merasakan amat perlu interaksi saya dengan orang lain dihadkan, suatu perkara yang amat malang
sekali.
Saya mula mengambil suatu produk yang mengandungi transfer factor dua tahun yang lalu. Pada satu hujung minggu, anak perempuan
saya mengajak saya bermalam di rumahnya. Dia mempunyai dua ekor anjing dan saya telah bersetuju. Dia amat terkejut kerana
saya sanggup mempertimbangkan ajakannya. Saya telah pergi ke rumahnya dan saya dapati bahawa hidung saya tidak berair dan
paru-paru saya tidak berasa tertekan. Tiada masalah langsung. Anak perempuan saya memerhatikan dan berasa kagum sekali. Saya
bukan hanya bersabar dengan situasi tersebut; saya berasa selesa. Saya begitu gembira sekali. |