S: Apakah itu kencing manis?
J: Pihak World Health Organization melaporkan bahawa 177 juta penduduk di seluruh dunia mengalami penyakit kencing manis
(diabetes), suatu gangguan sistem metabolik dan endokrin. Di Amerika Syarikat sahaja, menurut pihak National Institute of
Diabetes and Digestive and Kidney Diseases, 18 juta orang hidup dengan penyakit tersebut. Pihak World Health Organization
meramalkan bahawa apabila menjelangnya tahun 2025, sekurang-kurangnya 300 juta penduduk di serata dunia akan hidup dengan
penyakit tersebut.
Kebanyakan daripada makanan yang anda makan setiap hari dipecahkan menjadi glukosa, sumber utama tenaga untuk badan anda.
Insulin, suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas, membenarkan badan anda menerima glukosa dan menggunakannya untuk tenaga
dan tumbesaran. Apabila seseorang menghidapi kencing manis, badan mereka gagal menggunakan glukosa daripada makanan secara
efisien. Terlalu banyak gula wujud dalam badan dan boleh menyebabkan simptom kencing manis, termasuklah: pengencingan yang
kerap, dahaga yang berlebih-lebihan, kelaparan yang ekstrem, penyusutan berat badan yang luar biasa, kelesuan yang semakin
meningkat, penglihatan yang merengsa dan kabur.
Kencing manis terbahagi kepada dua subkumpulan utama: Jenis 1 dan Jenis 2. Masalah tahap gula dalam Jenis 1 disebabkan
gerak balas autoimun kerana kekurangan insulin. Kekurangan Insulin bermakna tidak cukup, atau tiada, insulin yang dihasilkan
oleh pankreas kerana malfungsi yang berlaku pada sel yang menghasilkan insulin. Dalam kencing manis Jenis 2, masalah dijanakan
oleh kekurangan dan/atau ketahanan insulin. Ketahanan insulin berlaku apabila insulin dihasilkan oleh pankreas tetapi sel
badan rintang terhadap tindakannya, mengakibatkan tahap gula melambung tinggi.
Pihak National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases menganggarkan bahawa daripada seramai 18 juta orang
yang mengalami kencing manis di Amerika Syarikat, lima juta masih belum mengetahui bahawa mereka menghidapi penyakit tersebut.
Pesakit kencing manis mempunyai dua hingga empat kali lebih kemungkinan untuk mengalami penyakit jantung atau strok
dan penyakit mereka mempunyai kecenderungan untuk menjadi lebih teruk (American Heart Association).
S: Bagaimanakah sistem imun berfungsi?
J: Kemampuan sistem imun untuk melindungi tubuh badan anda adalah menurut naluri dan juga dipelajari—dalam perkataan
lain, ia melawan pencerobohan menggunakan kedua-dua gerak balas semula jadi dan gerak balas diperolehi. Setiap individu dilahirkan
dengan imuniti semula jadi —kemampuan sistem imun untuk mengenal pasti penceroboh asing secara am. Bersama-sama dengan
pertahanan pasif seperti kulit, asid dan mukus perut, sistem imun semula jadi juga mengandungi mekanisme gerak balas imun
aktif termasuklah Pembunuh Semula Jadi, atau sel NK, dan makrofaj. Seperti semua agen pertahanan barisan hadapan, sel NK tidak
perlu didedahkan terlebih dahulu kepada mikrob berjangkit untuk bertindak. Ia hanya perlu mengenal pasti sel asing dan mula
bertugas.
Sebarang bahan yang mencetuskan suatu gerak balas imun dinamakan antigen. Kadangkala kuman melepasi sistem imun anda dan
anda mendapat demam selesema, flu, atau penyakit lain yang lebih teruk. Suatu penyakit adalah tanda ketara bahawa sistem imun
anda gagal merencatkan kuman tersebut. Tetapi anda tetap pulih; dan itu adalah bukti sistem imun anda sedang menjalankan tugasnya.
Ia mengumpul maklumat tentang penceroboh, memulakan pertahanan dan menghapuskannya dengan betul. Jika sistem imun anda tidak
berbuat apa-apa, jangkitan tersebut akhirnya akan menakluki badan anda.
Malangnya, sistem semula jadi yang paling kuat pun tidak dapat mengatasi semua jenis mikrob yang kita temui setiap hari.
Di sinilah imuniti diperolehi diperlukan. Sel imun mempelajari kemahiran baru dan membina alat baru untuk mengendalikan penceroboh
mikrob yang sentiasa bertambah. Tetapi agar sistem ini dapat menyesuaikan diri untuk menyerang, mula-mula ia perlu mengenal
pasti ancaman tersebut sebelum ia dapat membina alat untuk melawan, kerana itulah kadangkala anda merasa seperti “seolah-olah
akan sakit” selama beberapa hari. Berita baiknya ialah selepas sistem imun diperolehi membina alat untuk suatu jangkitan
khusus, ia mengingatinya dan bersedia untuk serangan yang berikutnya.
Keradangan adalah gerak balas serta-merta oleh sistem imun terhadap suatu jangkitan atau kecederaan, seperti apabila anda
luka pada lengan. Dalam kebanyakan kes, ketika sistem imun mengendalikan masalah tersebut, sel imun kemudian berundur dari
kawasan tersebut dan keradangan dan pembengkakan merosot. Tetapi kadang-kadang sel imun tidak mengundur dan keradangan berterusan,
menyebabkan masalah kronik dalam badan. Para penyelidik kini mula menemui kaitan antara keradangan kronik dengan begitu banyak
keadaan, termasuklah penyakit kardiovaskular, kencing manis dan penyakit Alzheimer.
Kadangkala sistem imun membuat kesilapan dan membuat tindakan yang tidak betul bagi situasi tertentu. Satu contoh kesilapan
tersebut ialah autoimuniti. Atas sebab-sebab yang tidak difahami sepenuhnya oleh ahli sains, sistem imun mula menyerang sel,
tisu, dan organ badan dengan cara yang sama ia biasanya bertindak terhadap suatu kuman. Keadaan autoimun termasuklah alergi,
fibromyalgia, artritis reumatoid, sindrom kelesuan kronik dan banyak lagi. S: Apakah pertalian sistem imun dan
kencing manis?
Bagi kedua-dua jenis kencing manis, sistem imun memainkan peranan yang penting. Kencing manis Jenis 1, atau kencing manis
permulaan juvenil, adalah keadaan autoimun yang mana sistem imun badan terlebih bertindak dan menyerang pankreas, menghentikan
pengeluaran insulin dengan begitu efektif sekali, suatu penghubung penting untuk penggunaan glukosa dalam badan. Semakin banyak
bukti yang menunjukkan bahawa keradangan tahap rendah terlibat dalam perkembangan kencing manis Jenis 2 dan komplikasi yang
berkaitan. Tahap ternaik bagi sesetengah sitokin radang, seperti faktor tumor nekrosis-[alfa] (TNF – tumour nekrosis
factor) dan interleukin (IL)-6, dapat meramalkan perkembangan kencing manis Jenis 2. Sesetengah ubat-ubatan dengan sifat anti-keradangan
merendahkan penanda seperti itu, ia juga merendahkan tahap gula darah, sambil barangkali mengurangkan risiko perkembangan
kencing manis Jenis 2. Keadaan keradangan rendah ini mungkin adalah pra-jadian yang lazim bagi kencing manis Jenis 2 dan juga
aterosklerosis (pengerasan arteri). Pesakit kencing manis, kedua-dua Jenis 1 dan Jenis 2, lebih rentan terhadap jangkitan
kerana tubuh badan mereka tidak dapat menggunakan glukosa dengan betul. Komplikasi berkaitan kencing manis ini melibatkan
masalah jantung, buah pinggang, mata, kaki dan kulit, saraf, gigi dan gusi. S: Apakah nutrien yang penting untuk
melawan masalah yang berkaitan dengan kencing manis?
A: Penyelidikan saintifik telah mendedahkan beberapa nutrien penting yang mampu melindungi badan anda daripada kesan kerosakan
akibat kencing manis.
- Transfer Factor
Transfer Factor, molekul kecil yang memindahkan imuniti daripada satu entiti kepada suatu entiti yang
lain, mampu menggalakkan atau mengimbangkan sistem imun, apa sahaja yang diperlukan oleh situasi tertentu tubuh badan anda.
Ia menggalakkan kemampuan sistem imun anda untuk mengingati pencerobohan yang lalu, membenarkan badan anda untuk bergerak
balas dengan lebih pantas terhadap ancaman kesihatan yang serupa. Transfer factor mendidik sel imun yang naif tentang bahaya
yang sedia ada atau potensi bahaya dalam badan anda, berserta dengan pelan tindakan dan juga mempercepatkan fasa pengecaman
bagi suatu jangkitan. Transfer factor boleh diekstrak daripada pelbagai sumber, dua sumber yang paling berkuasa dan paling
banyak didapati ialah kolostrum lembu (susu pertama) dan telur ayam. Penggabungan kedua-dua sumber transfer factor ini dapat
memberi spektrum sokongan yang luas, mempergunakan kekuatan dua haiwan untuk kuasa maksimum sistem imun anda.
Transfer factor mempunyai kemampuan untuk menindas suatu sistem imun yang bertindak lampau dan membantu mengembalikan keseimbangan,
seperti dalam kes kencing manis Jenis 1. Transfer factor juga boleh menyumbang sokongan penting untuk kencing manis Jenis
2, membantu melawan keradangan. Pesakit kencing manis, kedua-dua Jenis 1 dan Jenis 2, menghadapi risiko jangkitan yang lebih
tinggi kerana tubuh badan mereka tidak dapat menggunakan glukosa dengan betul. Transfer factor mampu menggalakkan gerak balas
imun, membenarkan tubuh badan untuk bergerak balas dengan cepat dan cekap terhadap ancaman kesihatan.
- Pterocarpus marsupium (Kino India)
Pterocarpus marsupium telah digunakan berabad-abad lamanya di India,
khususnya untuk rawatan kencing manis. Ia menumbuhkan dan menggiatkan semula sel beta penghasil insulin dalam pankreas.
- Momordica charantia (Peria)
Peria telah menjadi bahan tambahan tradisional yang digunakan dengan meluas untuk
kencing manis. Ia bertindak sebagai pengantara di antara sel badan dan insulin yang telah dikeluarkan oleh pankreas. Ia menghalang
pembentukan glukosa dalam aliran darah dan memecahkan rintangan yang menghalang sel daripada menggunakan insulin semula jadi
mereka.
- Gymnema sylvestre
Gymnema sylvestre terkenal dengan kemampuannya untuk mengimbangkan
tahap gula darah dalam badan. Seperti mana kino India, Gymnema sylvestre juga menyegarkan dan menumbuhkan semula fungsi dalam
sel beta, penghasil insulin dalam pankreas.
- Asid lipoik alfa
Asid lipoik alfa (ALA), dikenali sebagai antioksidan metabolik, membantu menyokong badan terhadap
kesan sekunder kencing manis yang kerap kali merosakkan, seperti kerosakan saraf, kerosakan optik dan komplikasi jantung.
Asid lipoik alfa juga pernah menunjukkan kemampuan untuk menurunkan ketahanan insulin lalu membantu mengawal tahap gula dalam
badan.
Kisah Kejayaan
Mike W. Branford, Connecticut Bagi seorang lelaki yang pernah mengimpikan untuk mendapat bacaan
pagi gula darah di bawah 150, bayangkan keseronokan saya apabila saya mula mengambil suatu produk untuk kencing manis yang
mengandungi transfer factor, kino India, gymnema sylvestre, dan peria. Inilah bacaan pagi saya untuk sepuluh hari yang kebelakangan
ini: 117, 83, 76, 69, 97, 116, 76, 62, 71, 77, dan bacaan purata bagi sepuluh hari sebanyak 84.4. Sebarang bacaan di antara
80 dan 120 dianggap bacaan pagi yang amat baik. Doktor saya menyatakan bahawa beliau perlu mengurangkan ubat-ubatan normal
saya kerana bacaan saya "terlalu rendah." Wow, selepas menggunakan produk baru tersebut selama hanya lima minggu, adakah kita
telah dapat mengawal penyakit ini?
Dorothy H. Washington Saya seorang ibu dan nenek berusia 65 tahun. Pada tahun 1993, saya didiagnosiskan
menghidapi kencing manis. Pada tahun 1998 saya mengalami serangan jantung. Sejak kali pertama saya didiagnosiskan, saya memperoleh
perbezaan ekstrem apabila mengawasi kiraan gula saya. Sebagai tambahan kepada ubat-ubatan, saya cuba mengatur tahap gula darah
saya dengan diet, melegakan tekanan dan rehat yang mencukupi. Kerana usaha tersebut sia-sia belaka, saya menerima tiga jenis
ubat, salah satu daripadanya memberikan saya perbezaan kiraan gula harian yang lebih tinggi lagi. Saya berasa penat sekali.
Saya hilang kemampuan untuk memulakan hari dengan cergas dan mula bangun lambat dan lebih lambat lagi. Saya berasa pitam sekurang-kurangnya
tiga hingga empat kali seminggu dan akan berebut-rebut memakan mentega kacang untuk menghalang daripada jatuh tersungkur.
Dalam sebarang keadaan tekanan ekstrem, kiraan saya adalah 400+.
Dalam keadaan bimbang saya bersetuju untuk mencuba suatu produk untuk kencing manis yang mengandungi transfer factor, kino
India, asid lipoik alfa, dan peria. Buat kali pertama dalam masa 11 tahun, kiraan gula saya mula memberi reaksi yang menyenangkan.
Pada hari lahir suami saya, kami telah mengunjungi sebuah restoran dan saya membuat keputusan untuk menjamu selera dengan
makanan kegemaran saya. Lewat malam itu, keluarga saya berkumpul untuk menikmati kek coklat dengan sos coklat dan ais krim,
keju dan biskut ritz. Saya mengambil kiraan darah pada jam 10:00 malam dan khuatir akan memperoleh yang terburuk. Gula darah
saya hanya 195! Pada masa yang lalu, hari seperti ini akan memberikan angka 350+. Saya tidak lagi berasa pening-pening lalat
dan pening kepala yang ekstrem dan melihat bintik-bintik sehingga tahap hampir-hampir jatuh pengsan. Saya tidak lagi memerlukan
bantuan mentega kacang dan saya kembali bangun awal di waktu pagi! Kiraan tertinggi saya pada hari biasa ialah 125! |