S: Apakah dia penyakit Alzheimer dan siapakah yang terjejas akannya?
J: Penyakit Alzheimer adalah keadaan degeneratif otak yang melibatkan kehilangan sel otak secara beransur-ansur dan bercirikan
pembentukan plag secara tidak normal dalam otak. Penyakit tersebut berkembang sehingga ke tahap individu tersebut hilang kebolehan
bertutur, mengawal pergerakan dan bergerak balas terhadap peristiwa yang berlaku di sekelilingnya. Beberapa tanda amaran untuk
penyakit Alzheimer termasuklah kehilangan ingatan, kesukaran melaksanakan tugas mudah dan lazim, masalah komunikasi, disorientasi
dan perubahan dalam personaliti. Peningkatan usia adalah faktor risiko paling utama bagi penyakit ini.
Di Amerika Syarikat, lebih daripada empat juta penduduk menghidapi penyakit Alzheimer, dan angka tersebut dijangka meningkat
kepada 16 juta menjelang tahun 2050 (Alzheimer Association). Pihak World Health Organization melaporkan bahawa lebih kurang
37 juta penduduk di seluruh dunia hidup dalam keadaan demensia, dan penyakit Alzheimer membentuk kebanyakan daripada kes tersebut.
Simptom demensia termasuklah disorientasi, masalah penaakulan dan ketidakupayaan melaksanakan tugas mudah.
Kehilangan ingatan secara beransur-ansur, yang selama ini hanya dianggap sebagai sebahagian daripada peningkatan usia,
juga boleh menjadi simptom bagi suatu keadaan yang lebih serius.
S: Bagaimanakah sistem imun berfungsi?
J: Kemampuan sistem imun untuk melindungi tubuh badan anda adalah menurut naluri dan juga dipelajari—dalam perkataan
lain, ia melawan pencerobohan menggunakan kedua-dua gerak balas semula jadi dan gerak balas diperolehi. Setiap individu dilahirkan
dengan imuniti semula jadi —kemampuan sistem imun untuk mengenal pasti penceroboh asing secara am. Bersama-sama dengan
pertahanan pasif seperti kulit, asid dan mukus perut, sistem imun semula jadi juga mengandungi mekanisme gerak balas imun
aktif termasuklah Pembunuh Semula Jadi, atau sel NK, dan makrofaj. Seperti semua agen pertahanan barisan hadapan, sel NK tidak
perlu didedahkan terlebih dahulu kepada mikrob berjangkit untuk bertindak. Ia hanya perlu mengenal pasti sel asing dan mula
bertugas. Sebarang bahan yang mencetuskan suatu gerak balas imun dinamakan antigen. Kadangkala kuman melepasi sistem imun
anda dan anda mendapat demam selesema, flu, atau penyakit lain yang lebih teruk. Suatu penyakit adalah tanda ketara bahawa
sistem imun anda gagal merencatkan kuman tersebut. Tetapi anda tetap pulih; dan itu adalah bukti sistem imun anda sedang menjalankan
tugasnya. Ia mengumpul maklumat tentang penceroboh, memulakan pertahanan dan menghapuskannya dengan betul. Jika sistem imun
anda tidak berbuat apa-apa, jangkitan tersebut akhirnya akan menakluki badan anda.
Malangnya, sistem semula jadi yang paling kuat pun tidak dapat mengatasi semua jenis mikrob yang kita temui setiap hari.
Di sinilah imuniti diperolehi diperlukan. Sel imun mempelajari kemahiran baru dan membina alat baru untuk mengendalikan penceroboh
mikrob yang sentiasa bertambah. Tetapi agar sistem ini dapat menyesuaikan diri untuk menyerang, mula-mula ia perlu mengenal
pasti ancaman tersebut sebelum ia dapat membina alat untuk melawan, kerana itulah kadangkala anda merasa seperti “seolah-olah
akan sakit” selama beberapa hari.
Berita baiknya ialah selepas sistem imun diperolehi membina alat untuk suatu jangkitan khusus, ia mengingatinya dan bersedia
untuk serangan yang berikutnya.
Keradangan adalah gerak balas serta-merta oleh sistem imun terhadap suatu jangkitan atau kecederaan, seperti apabila anda
luka pada lengan. Dalam kebanyakan kes, ketika sistem imun mengendalikan masalah tersebut, sel imun kemudian berundur dari
kawasan tersebut dan keradangan dan pembengkakan merosot. Tetapi kadang-kadang sel imun tidak mengundur dan keradangan berterusan,
menyebabkan masalah kronik dalam badan. Para penyelidik kini mula menemui kaitan antara keradangan kronik dengan begitu banyak
keadaan, termasuklah penyakit kardiovaskular, kencing manis dan penyakit Alzheimer.
Kadangkala sistem imun membuat kesilapan dan membuat tindakan yang tidak betul bagi situasi tertentu. Satu contoh kesilapan
tersebut ialah autoimuniti. Atas sebab-sebab yang tidak difahami sepenuhnya oleh ahli sains, sistem imun mula menyerang sel,
tisu, dan organ badan dengan cara yang sama ia biasanya bertindak terhadap suatu kuman. Keadaan autoimun termasuklah alergi,
fibromyalgia, artritis reumatoid, sindrom kelesuan kronik dan banyak lagi. S: Bagaimanakah sistem imun dan Penyakit
Alzheimer saling berkait?
J: Penyelidikan terbaru telah menunjukkan bahawa serupa seperti sistem kardiovaskular dan gangguan metabolisme, otak juga
mudah dipengaruhi masalah yang berkaitan dengan keradangan. Keradangan adalah gerak balas normal yang dijana oleh sistem imun
terhadap ancaman oleh bakteria atau kuman yang menceroboh. Seperti yang disebutkan di atas, sesekali sel imun tidak mengundur
dan keradangan berterusan, menyebabkan masalah dalam badan. Keradangan kronik dalam lintasan neurologi boleh mengurangkan
aliran darah ke otak, memberikan tekanan berbahaya terhadap otak dan mengurangkan penggunaan oksigen. Apabila otak anda menghadapi
tekanan, ia menghabiskan tenaga yang amat berharga untuk mempertahankan dirinya, dan bukannya menumpukan terhadap fungsi optimum.
Apabila sistem imun berfungsi dengan baik, ia dapat melindungi otak daripada keadaan keradangan yang memudaratkan dan mengurangkan
ketegangan ke atas otak agar otak kita dapat berfungsi pada tahap prestasi tertinggi.
S: Apakah nutrien yang dapat melindungi kita daripada Penyakit Alzheimer dan gangguan otak yang lain?
J: Sains telah mendedahkan beberapa nutrien penting yang dapat menyokong sistem imun dan membantu melindungi badan anda
daripada penyakit Alzheimer dan gangguan otak lain yang Transfer factor melemahkan badan.
- Transfer factor
Molekul kecil yang memindahkan imuniti daripada satu entiti kepada suatu entiti yang lain, mampu menggalakkan
atau mengimbangkan sistem imun, apa sahaja yang diperlukan oleh situasi tertentu tubuh badan anda. Ia menggalakkan kemampuan
sistem imun anda untuk mengingati pencerobohan yang lalu, membenarkan badan anda untuk bergerak balas dengan lebih pantas
terhadap ancaman kesihatan yang serupa. Transfer factor mendidik sel imun yang naif tentang bahaya yang sedia ada atau potensi
bahaya dalam badan anda, berserta dengan pelan tindakan dan juga mempercepatkan fasa pengecaman bagi suatu jangkitan. Transfer
factor boleh diekstrak daripada pelbagai sumber, dua sumber yang paling berkuasa dan paling banyak didapati ialah kolostrum
lembu (susu pertama) dan telur ayam. Penggabungan kedua-dua sumber transfer factor ini dapat memberi spektrum sokongan yang
luas, mempergunakan kekuatan dua haiwan untuk kuasa maksimum sistem imun anda. Dalam kes penyakit Alzheimer, transfer factor
boleh menindas suatu sistem imun yang reaktif lampau dan mematahkan gerak balas radang. Sebaik sahaja keradangan dapat dikawal,
otak dapat berfungsi dengan normal semula.
- Vinposetine
Dalam kajian, Vinposetine didapati meningkatkan peredaran darah dan juga penggunaan oksigen dalam otak,
menambah tolerans otak terhadap aliran darah yang menyusut, dan menghalang pengagregatan tidak normal platelet yang boleh
mengganggu peredaran atau menyebabkan strok. Dalam percubaan klinikal untuk mengkaji kesan Vinposetine dalam rawatan strok
iskemia akut, skor pada skala National Institute of Health Stroke didapati nyata lebih baik bagi kumpulan yang dirawat dengan
Vinposetine setelah mendapat rawatan susulan selama tiga bulan.
- Fosfatidilserine
Fosfatidilserine (PS) adalah fosfolipid atau "lemak baik" yang wujud secara semula jadi dan penting
bagi fungsi semua sel dalam badan. Tisu otak kaya terutamanya dengan PS, yang berfungsi sebagai pengawal atur sel otak dalam
hal-hal yang berkaitan transmisi-neuro dan komunikasi sinapsis, kedua-duanya elemen penting untuk mengekalkan ingatan, kemampuan
belajar dan penumpuan berterusan.
- Huperzia serata
Huperzia serata (Huperzine A) melaksanakan kerja dengan menghalang enzim yang memecahkan asetikolin,
suatu bahan kimia otak yang penting untuk pembelajaran dan ingatan. Penyelidikan menunjukkan bahawa orang-orang yang mempunyai
disfungsi otak yang biasa selalunya mempunyai tahap asetikolin yang kurang daripada tahap normal.
Kisah Kejayaan
Charles D. Kansas Isteri saya berusia 79 tahun dan telah didiagnosiskan dengan penyakit Alzheimer
beberapa tahun lalu. Keadaannya menjadi amat teruk sehingga dia tidak dapat mengingati namanya sendiri. Anak lelaki saya telah
menempah nutrien tertentu dari seluruh dunia. Selagi isteri saya mengambil nutrien tersebut, dia dapat mengenali orang lain
dan berinteraksi dengan agak jayanya. Masalahnya ialah apabila bahan-bahan tersebut dibeli secara individu, kos yang dibayar
oleh anak saya melebihi lima ratus dolar sebulan. Isteri saya mula mengambil produk yang mengandungi transfer factor, Vinposetine
dan huperzia serata. Produk tersebut amat menakjubkan. Sekiranya isteri saya tidak mengambilnya buat beberapa hari, dia hilang
punca. Saya sedar ia bukanlah penyembuh tetapi saya amat gembira apabila isteri saya cergas selama yang mungkin.
Cathy H. Washington Anak lelaki saya mengalami masalah dengan kemurungan dan kehiperaktifan. Saya
mula memberinya suatu produk yang mengandungi transfer factor, Fosfatidilserine dan huperzia serata. Dalam masa beberapa hari
sahaja, anak saya menerima maklum balas yang positif daripada guru tentang tahap penumpuannya. Kira-kira sebulan kemudian,
saya menambahkan kapsul kedua (satu di sebelah pagi dan satu di waktu malam) dan markahnya meningkat daripada 50 peratus ke
80 peratus dan 90 peratus. Saya memberi kredit kepada produk ini atas peningkatan kemampuan anak saya untuk memfokus, mengawal
dan menumpukan perhatian.
Kay B. Kansas Saya mula menghadapi masalah dengan proses pemikiran saya pada tahun 1989. Pada ketika
itu, saya bekerja sebagai pengurus di sebuah kelab kesihatan. Bos saya terpaksa menugaskan semula saya ke tanggungjawab lain.
Dia banyak melakukan penyelidikan dan mula memesan nutrien canggih untuk membantu permasalahan saya. Secara perlahan-lahan,
minda saya bertambah baik sehingga saya mampu melaksanakan tanggungjawab pengurusan. Kemudian saya menemui suatu produk yang
mengandungi beberapa bahan yang telah saya ambil secara berasingan itu. Produk ini menyertakan bahan seperti transfer factor,
Vinposetine, Fosfatidilserine dan huperzia serata. Saya boleh merasakan perbezaan besar jika tidak mengambil produk tersebut
selama dua hari. Kini saya masih lagi pengurus di kelab kesihatan tersebut. |