S: Apakah masalah yang berkaitan dengan penyakit kardiovaskular?
J: Penyakit kardiovaskular, termasuklah penyakit jantung dan strok, adalah penyebab utama kematian kedua-dua kaum lelaki
dan wanita di seluruh dunia (World Health Organization). Pihak American Heart Association telah melaporkan bahawa melebihi
61 juta penduduk di Amerika sahaja menjalani kehidupan dengan masalah kardiovaskular, termasuklah tekanan darah tinggi, kolesterol
tinggi dan debaran jantung. Lebih daripada 16 juta orang di segenap pelosok dunia mati setiap tahun disebabkan penyakit kardiovaskular,
menurut laporan World Health Organization. Menjelang tahun 2010, penyakit kardiovaskular dijangka menjadi penyebab kematian
utama di negara-negara membangun (World Health Organization).
Risiko dikenal pasti yang paling utama termasuklah merokok, obesiti, alkohol, ketidakaktifan fizikal, sejarah keluarga,
tahap ternaik kolesterol LDL (kolesterol jahat) dan tekanan darah tinggi. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, penyelidikan
baru telah menamakan dua elemen penting yang baru dalam penyakit kardiovaskular, tahap ternaik homosisteina dan keradangan
yang berkaitan dengan jangkitan.
Penyakit kardiovaskular ini menjejaskan ramai antara kita, melalui satu cara atau cara yang lain. Ahli keluarga, rakan-rakan,
rakan pekerja—kita semua disapa oleh magnitud dan skop penyakit ini. Dan walaupun anda tidak mengharungi kehidupan bersama
penyakit kardiovaskular ini, anda masih menghadapi risikonya. Sejarah keluarga yang mempunyai penyakit ini dan pilihan gaya
hidup yang kurang baik, juga mana-mana faktor risiko yang disenaraikan di atas, boleh menjadikan anda sasaran utama.
Pada tahun 2003, penyakit kardiovaskular dan komplikasinya menyebabkan Amerika Syarikat mengeluarkan belanja sebanyak
360 bilion dolar (American Heart Association).
Penyakit kardiovaskular adalah pembunuh wanita nombor satu di serata dunia, iaitu merupakan sepertiga daripada kematian
wanita di seluruh dunia. Dan wanita lebih kerap mati disebabkan serangan jantung dibandingkan dengan lelaki (American Heart
Association). S: Bagaimanakah sistem imun berfungsi?
J: Kemampuan sistem imun untuk melindungi tubuh badan anda adalah menurut naluri dan juga dipelajari—dalam perkataan
lain, ia melawan pencerobohan menggunakan kedua-dua gerak balas semula jadi dan gerak balas diperolehi. Setiap individu dilahirkan
dengan imuniti semula jadi —kemampuan sistem imun untuk mengenal pasti penceroboh asing secara am. Bersama-sama dengan
pertahanan pasif seperti kulit, asid dan mukus perut, sistem imun semula jadi juga mengandungi mekanisme gerak balas imun
aktif termasuklah Pembunuh Semula Jadi, atau sel NK, dan makrofaj. Seperti semua agen pertahanan barisan hadapan, sel NK tidak
perlu didedahkan terlebih dahulu kepada mikrob berjangkit untuk bertindak. Ia hanya perlu mengenal pasti sel asing dan mula
bertugas.
Sebarang bahan yang mencetuskan suatu gerak balas imun dinamakan antigen. Kadangkala kuman melepasi sistem imun anda dan
anda mendapat demam selesema, flu, atau penyakit lain yang lebih teruk. Suatu penyakit adalah tanda ketara bahawa sistem imun
anda gagal merencatkan kuman tersebut. Tetapi anda tetap pulih; dan itu adalah bukti sistem imun anda sedang menjalankan tugasnya.
Ia mengumpul maklumat tentang penceroboh, memulakan pertahanan dan menghapuskannya dengan betul. Jika sistem imun anda tidak
berbuat apa-apa, jangkitan tersebut akhirnya akan menakluki badan anda.
Malangnya, sistem semula jadi yang paling kuat pun tidak dapat mengatasi semua jenis mikrob yang kita temui setiap hari.
Di sinilah imuniti diperolehi diperlukan. Sel imun mempelajari kemahiran baru dan membina alat baru untuk mengendalikan penceroboh
mikrob yang sentiasa bertambah. Tetapi agar sistem ini dapat menyesuaikan diri untuk menyerang, mula-mula ia perlu mengenal
pasti ancaman tersebut sebelum ia dapat membina alat untuk melawan, kerana itulah kadangkala anda merasa seperti "seolah-olah
akan sakit" selama beberapa hari. Berita baiknya ialah selepas sistem imun diperolehi membina alat untuk suatu jangkitan khusus,
ia mengingatinya dan bersedia untuk serangan yang berikutnya.
Keradangan adalah gerak balas serta-merta oleh sistem imun terhadap suatu jangkitan atau kecederaan, seperti apabila anda
luka pada lengan. Dalam kebanyakan kes, ketika sistem imun mengendalikan masalah tersebut, sel imun kemudian berundur dari
kawasan tersebut dan keradangan dan pembengkakan merosot. Tetapi kadang-kadang sel imun tidak mengundur dan keradangan berterusan,
menyebabkan masalah kronik dalam badan. Para penyelidik kini mula menemui kaitan antara keradangan kronik dengan begitu banyak
keadaan, termasuklah penyakit kardiovaskular, kencing manis dan penyakit Alzheimer.
Kadangkala sistem imun membuat kesilapan dan membuat tindakan yang tidak betul bagi situasi tertentu. Satu contoh kesilapan
tersebut ialah autoimuniti. Atas sebab-sebab yang tidak difahami sepenuhnya oleh ahli sains, sistem imun mula menyerang sel,
tisu, dan organ badan dengan cara yang sama ia biasanya bertindak terhadap suatu kuman. Keadaan autoimun termasuklah alergi,
fibromyalgia, artritis reumatoid, sindrom kelesuan kronik dan banyak lagi. S: Apakah pertalian sistem imun dengan
penyakit kardiovaskular?
J: Sains perubatan kini telah membuktikan bahawa keradangan adalah komponen utama bagi penyakit jantung. Keradangan adalah
gerak balas normal yang dijanakan oleh sistem imun terhadap ancaman oleh bakteria atau kuman penceroboh yang kadangkala boleh
mewujudkan suatu situasi yang kronik dalam badan. Dalam kes sistem kardiovaskular, bakteria dan virus ada kalanya dapat sampai
ke arteri dan terbenam ke dalam dinding arteri tersebut. Tanda jangkitan ini memberi isyarat kepada sistem imun untuk memulakan
gerak balas radang untuk membersihkan masalah tersebut. Keradangan selalu menarik perhatian LDL, atau kolesterol jahat. Kolesterol
itu kemudiannya menjadi teroksida dalam bahagian dinding arteri yang membengkak dan keradangan berterusan, ia cuba untuk membersihkan
masalah tersebut, tetapi sebenarnya, menjadikannya lebih teruk. Pembengkakan yang disebabkan oleh keradangan mengurangkan
aliran darah melalui saluran tersebut, menjejaskan kesihatan dan integriti keseluruhan sistem kardiovaskular, boleh jadi juga
menyebabkan suatu episod kardiovaskular di kemudian hari, seperti serangan jantung.
S: Apakah nutrien yang penting untuk menyokong kesihatan sistem kardiovaskular saya?
J: Penyelidikan saintifik telah mendedahkan beberapa nutrien penting yang mampu melindungi badan anda daripada kesan kerosakan
akibat penyakit kardiovaskular.
- Transfer factors
Transfer factor, molekul kecil yang memindahkan imuniti daripada satu entiti kepada suatu entiti yang
lain, mampu menggalakkan atau mengimbangkan sistem imun, apa sahaja yang diperlukan oleh situasi tertentu tubuh badan anda.
Ia menggalakkan kemampuan sistem imun anda untuk mengingati pencerobohan yang lalu, membenarkan badan anda untuk bergerak
balas dengan lebih pantas terhadap ancaman kesihatan yang serupa. Transfer factor mendidik sel imun yang naif tentang bahaya
yang sedia ada atau potensi bahaya dalam badan anda, berserta dengan pelan tindakan dan juga mempercepatkan fasa pengecaman
bagi suatu jangkitan. Transfer factor boleh diekstrak daripada pelbagai sumber, dua sumber yang paling berkuasa dan paling
banyak didapati ialah kolostrum lembu (susu pertama) dan telur ayam. Penggabungan kedua-dua sumber transfer factor ini dapat
memberi spektrum sokongan yang luas, mempergunakan kekuatan dua haiwan untuk kuasa maksimum sistem imun anda.
Apabila
berurusan dengan sistem kardiovaskular dan situasi keradangan yang digambarkan tadi, transfer factor menyokong sel penindas
sistem imun untuk membolehkan badan mengawal keradangan. Sebaik sahaja keradangan dikawal, dinding arteri bebas membaik pulih
diri dan menyembuhkan fungsi normalnya.
- Yis Beras Merah
Ekstrak yis beras merah (red rice yeast) adalah suatu bahan yang penting untuk merendahkan tahap kolesterol
LDL. Ia mengandungi pelbagai sebatian yang dinamakan monakolin, yang dalam percubaan klinikal telah menunjukkan bahawa ia
mampu menghalang aktiviti suatu enzim dalam hati yang diperlukan untuk menghasilkan kolesterol. Tambahan pula, yis beras merah
mengandungi bahan lain seperti sterol (sitosterol, kapesterol dan stigmasterol), isoflavon dan asid lemak tak tepu yang juga
menyumbang kepada penjagaan tahap kolesterol yang sihat.
- Antioksidan: Koenzim Q10, zink, Vitamin A, C dan E
Proses yang membawa oksigen ke dalam badan kita, juga membawa hasil
sampingan negatif yang dinamakan radikal bebas. Jantung menggunakan oksigen setiap hari, sentiasa berdenyut dan mengepam oksigen
keluar dan masuk. Bahan-bahan yang dinamakan antioksidan boleh membantu melindungi jantung daripada kesan kerosakan akibat
radikal bebas. Vitamin A, C dan E adalah antioksidan yang poten, begitu juga CoQ10 dan zink.
- Vitamin B, Asid Folik
Homosisteina adalah asid amino yang dihasilkan oleh badan yang telah menunjukkan potensi untuk
lebih berkolerasi dengan penyakit kardiovaskular jika dibandingkan dengan kolesterol. Tahap homosisteina yang tinggi telah
dikaitkan dengan peningkatan dalam degradasi dinding arteri, kolesterol LDL dan pembentukan darah beku. Penyelidikan semasa
menunjukkan bahawa mendapat vitamin B yang secukupnya, terutamanya asid folik, B6 dan B12, dan antioksidan seperti selenium,
kuprum, zink dan vitamin A, C dan E, amat berkesan untuk menggalakkan tahap homosisteina yang sihat.
- Arginate
Arginate adalah bahan penting yang didapati mampu menggalakkan fungsi yang betul bagi lapisan dalam salur
darah dan juga membantu menggalakkan penghasilan nitricoxide, agen dalam badan yang melebarkan salur darah dan menggalakkan
aliran darah yang betul.
Kisah Kejayaan
Phillip Paramore Anchorage, Alaska Pada musim luruh 2001, saya telah mengalami angina akut, atau
sakit dada. Saya telah melakukan katerisasi kardiak dan pakar kardiologi saya mendapati bahawa tiga arteri koronari posterior
tersumbat sehingga 80 peratus. Saya mula mengambil produk yang mengandungi transfer factor, vitamin B dan arginate, dan dalam
masa kira-kira dua hingga tiga minggu, saya perhatikan bahawa kesakitan yang dialami mula mengurang. Saya menemui semula pakar
kardiologi saya enam bulan kemudiannya. Beliau melaksanakan satu lagi katerisasi dan dengan tidak disangka-sangka oklusinya
adalah “tidak melebihi 30-40 peratus”. Pakar tersebut berasa amat hairan. Saya amat gembira dan TIADA pembedahan
yang diperlukan. Saya begitu riang. Saya berasa seolah-olah saya telah memperoleh semula jantung saya.
Dr. Ben Melbourne, Australia Seorang pesakit saya berusia 89 tahun sedang menderita penyakit
jantung iskemia dan kegagalan jantung kongestif. Keluhan utamanya adalah nafas yang pendek apabila melakukan sedikit kerja
dan batuk. Dia terpaksa disorong ke mana-mana setiap kali dia dibawa keluar. Pesakit tersebut mula mengambil suatu produk
yang mengandungi transfer factor, yis beras merah, vitamin dan mineral. Setelah hanya tiga minggu dia menyedari bahawa terdapat
kemajuan dalam pernafasannya. Selepas lima minggu dia berkata bahawa kapsul baru yang sedang diambil adalah yang terbaik,
sambil menghalakan ibu jari ke atas. Kini dia mampu berjalan lebih jauh dengan keadaan nafas yang pendek semakin berkurangan.
Tidak lama selepas diperkenalkan kepada tambahan baru, pesakit tersebut dibawa ke zoo dan sebuah kerusi roda disediakan untuk
kegunaannya. Selepas berjalan sedikit dengan menggunakan kerusi roda, dia membuat keputusan untuk melakukannya sendiri. Meskipun
dinasihatkan bahawa perjalanan tersebut akan melelahkan jantungnya, dia tetap berkeras, oleh itu dia telah dibenarkan menolak
kerusi roda sekeliling zoo. Pesakit tersebut telah menamatkan perjalanan sekeliling zoo tanpa mengalami nafas yang pendek!
Wanita berusia 89 tahun ini telah mendapat faedah lain daripada produk tersebut: kedua-dua selera dan berat badannya telah
meningkat! Semua orang amat gembira kerana produk tersebut telah membantunya.
Kerry Tyler Ritzville, Washington Saya telah menerima ubat-ubatan untuk tekanan darah tinggi sejak
tahun 1996. Bacaan purata tekanan darah saya ialah 140/90 hingga 140/110. Saya juga menderita kerana migrain yang melemahkan,
tiga hingga empat kali seminggu. Dalam bulan Februari 2003, saya mula mengambil suatu produk yang mengandungi transfer factor,
yis beras merah dan antioksidan. Dalam masa dua bulan, tekanan darah saya menurun sehingga purata 127/70 dan saya dapat berhenti
mengambil ubat-ubatan bagi tekanan darah saya. Migrain saya juga hilang hampir keseluruhannya. Saya hanya mendapat satu migran
setiap lebih kurang empat bulan. Tentunya saya berasa lebih baik, menghadapi tekanan yang berkurangan dan mempunyai lebih
banyak tenaga sejak mula mengambil produk ini. |