Punca Ia Terjadi, Cara Mengesan, Rawatan dan Pencegahan
Barah terjadi hasil dari pertumbuhan dan percambahan sel tubuh, lymph dan darah
yang tidak terkawal. Ia sangat merbahaya bukan kerana ia boleh menjangkiti orang lain, tetapi ia lambat laun akan membunuh
mangsanya. Barah merupakan salah satu dari punca utama kematian manusia.
Pertumbuhan sel yang normal
Di dalam tubuh manusia terdapat berbagai jenis tisu seperti kulit, paru-paru, hati,
limpa dan yang lain. Tisu-tisu tersebut terbina dari berjuta-juta sel yang teratur dan terkawal, dengan setiap tisu mempunyai
struktur sel yang tersendiri. Rupa bentuk setiap sel berbeza dari satu organ ke satu organ yang lain.
Sel-sel ini akan mati dan diganti melalui proses pembahagian sel. Proses ini dikawal
begitu rapi dan merupakan proses biasa yang berlaku secara semulajadi. Bilangan sel yang diganti adalah sama jumlahnya dengan
sel yang telah mati. Jika berlaku luka, penghasilan sel akan meningkat sehingga luka itu sembuh dan pembahagian sel menjadi
kembali seperti biasa selepas itu.
Sel-sel barah
Sel-sel barah membahagi dan bercambah mengikut kadar tersendiri tanpa boleh dikawal.
Proses itu berterusan sehingga rawatan diberi. Percambahan yang begitu cepat menjadi ketumbuhan. Sel-sel ini juga tidak terkawal
secara teratur sehingga tisu-tisu yang terbentuk dari sel-sel ini tidak langsung menyerupai tisu-tisu yang normal. Bahan
makanan diserapi melalui sel-sel yang normal, tetapi sel-sel barah ini tidak berfungsi langsung.
Jenis-jenis barah
Barah dikelaskan mengikut dari mana datangnya sel-sel barah ini iaitu:
-
Karsinoma - dari permukaan tubuh seperti kulit, perut, pundi air kencing, rahim, prostat,
usus kecil dan besar, dubur, buah dada dan salur benih.
-
Sarkoma - dari struktur dalam tubuh seperti tulang, otot-otot dan lemak.
-
Lymphoma - dari kelenjar lymph.
-
Lukemia - dari sel darah putih.
Ketumbuhan
Tidak semua ketumbuhan itu barah, ada yang "benign". Jenis ini tidak merbahaya kecuali
bila mengganggu fungsi organ yang terlibat. Ketumbuhan "benign" tidak merebak, ia tumbuh di dalam kelongsongnya dan dalam
tisu-tisu yang normal. Ketumbuhan "malignant" merbahaya kerana ia terdiri dari sel-sel barah yang menceroboh atau tumbuh
dalam tisu-tisu normal. Bukan itu sahaja, sel-sel dari ketumbuhan ini malahan bercerai dan merebak ke seluruh anggota mangsanya
hingga mengakibatkan kematian mangsanya.
Ketumbuhan "benign" kelihatan seakan-akan tisu normal, percambahannya terkawal dan perubahannya
lebih perlahan. Tetapi jika ketumbuhan ini berlaku pada organ yang penting seperti paru-paru, kesihatan mangsanya akan terjejas.
Ketumbuhan "benign" perlu dikeluarkan melalui pembedahan.
Asal-usul barah
Sel barah bermula dari sel-sel normal dalam tubuh. Hanya satu sel sahaja diperlukan
untuk mencetus ketumbuhan barah. Proses perubahan dari sel normal menjadi sel barah berlaku secara sangat perlahan dan berperingkat-peringkat
serta memakan masa bertahun-tahun. Pada setiap peringkat, sel-sel ini menjadi bertambah tidak normal bentuknya dan kian kurang
terkawal.
Proses ini tidak menimbulkan apa-apa tanda atau kesakitan sehinggalah barah terjadi.
Tetapi dalam sesetengah keadaan, seperti barah pangkal rahim, perubahan ini boleh dikesan melalui ujian seperti pap smear.
Cara barah membiak
Sel barah berupaya merebak hingga menjadikannya sangat merbahaya. Sel ini merebak dengan
teratur bermula dari tisu-tisu di sekelilingnya. Kemudian sel-sel ini bercerai dan terkandung dalam cairan tisu tubuh, seterusnya
masuk ke dalam saluran lymphatik dan ke dalam kelenjar-kelenjarnya. Dari sini sel barah menembus masuk ke dalam saluran darah.
Fungsi kelenjar lymp adalah menapis keluar sel-sel yang mati dan jangkitan. Sel barah
lazimnya terperangkap di dalam kelenjar yang paling hampir dengan tempat barah terjadi. Sel-sel ini akan mati, tetapi lambat
laun satu darinya akan mula bercambah dan mengakibatkan ketumbuhan kedua. Dari sini sel-sel itu akan merebak ke dalam saluran
darah dan dibawa keseluruh tubuh mangsanya.
Mengapa barah terjadi?
Sebab terjadinya barah tidak diketahui, tetapi barah didapati biasa terjadi apabila
seseorang itu sudah meningkat tua. Bertambahnya bilangan pesakit barah adalah disebabkan dewasa ini kita hidup lebih lama
dari dulu. Satu teori lain pula mengatakan bahawa tubuh kita memang mengeluarkan sel-sel yang tidak normal, tetapi biasanya
ia boleh dimusnahkan secara semulajadi. Namun begitu terdapat pada mangsa barah, sebilangan sel yang berupaya untuk terus
hidup hingga mengakibatkan barah.
Ada juga barah yang diwarisi seperti barah mata (retina). Barah buah dada juga dikatakan
ada kaitan dengan warisan untuk sesetengah mangsa.
Kebanyakan barah dipercayai berlaku akibat dari kemasukan sesuatu dari persekitaran
seperti yang terbukti dari radiasi, kimia tertentu atau bahan-bahan lain. Cahaya ultra-ungu dari matahari juga boleh mengakibatkan
barah. Bahan-bahan yang dimasukkan dalam makanan, ubat-ubatan dan tembakau juga boleh mengakibatkan barah.
Siapa dihidapi barah?
Kanak-kanak juga boleh menghidapi barah, iaitu lazimnya barah lukemia. Lukemia kerap
mencari mangsa yang berumur antara 3 hingga 14 tahun. Kaum lelaki pula mengalami barah paru-paru, prostat, usus besar, perut
dan pankrias. Kaum wanita yang malang dihinggapi barah buah dada, pangkal rahim, rahim, usus besar, paru-paru dan ovari.
Mengesan barah
Jika barah dapat dikesan pada peringkat awal sebelum ia merebak ke bahagian lain tubuh,
rawatannya lebih mudah dan penyembuhan lebih mudah tercapai. Oleh itu pengdiagnosan yang seawal-awalnya sangat penting. Ketakutan
kita pada penyakit barah ada kalanya melengahkan kita dari mendapat kepastian ini.
Barah boleh dikesan dengan berbagai cara seperti:
-
Sinar X dan imbasan
-
Biopsi atau mengambil secebis tisu dan diuji
-
Ujian cairan/lelehan dari tubuh seperti air liur dan lelehan pangkal rahim
-
Pemeriksaan tubuh terutamanya kelenjar-kelenjar lymph
-
Pemeriksaan darah untuk menguji fungsi hati dan tulang
-
Isotope; iaitu bahan radioaktif dimasukkan ke dalam tubuh, kemudian dikesan melalui
sinar X
-
Termografi; iaitu mengesan suhu pada setiap bahagian yang terlibat. Sel barah lebih
tinggi suhunya dari sel normal
Setelah dikesan dan diketahui jenis serta peringkat barah yang dihidapi, rawatan yang
tepat dapat dimulakan. Tujuan rawatan ialah untuk memusnahkan semua sel barah.
Cara merawat atau mengubati barah
Doktor akan merawat mangsa barah dengan cara yang sesuai dengan jenis barah dan peringkatnya.
Antara rawatan yang diberi ialah:
-
Pembedahan untuk membuang keseluruhan ketumbuhan barah termasuk kawasan sekelilingnya
serta kelenjar-kelenjar lymph yang berdekatan. Pembinaan semula dilakukan jika perlu seperti 'colostomy', iaitu membina salur
najis di atas perut apabila usus dan dubur telah dibuang
-
Menggunakan radioterapi untuk memusnahkan sel-sel barah. Radiasi memusnahkan bahan genetik
sel barah supaya ia tidak berupaya bercambah lagi. Tetapi radiasi juga turut memusnahkan sel yang normal. Proses pemulihan
sel normal akan berlaku selepas itu. Selalunya dos radiasi yang selamat diberikan. Ia diberikan setiap hari selama 4 hingga
6 minggu. Kesan sampingan yang dialami ialah gatal kulit. Ini boleh dikurangkan dengan tidak membasuhnya, kemudian sapukan
kerim. Kelesuan dan cirit-birit akan berlaku jika rawatan dibuat di bahagian perut. Rambut akan gugur jika rawatan dibuat
di kawasan kepala, tetapi rambut akan tumbuh semula dalam tempoh 6 bulan. Kesembuhan untuk ketumbuhan setempat seperti di
leher dan kepala kadang-kadang boleh dicapai dengan radiasi. Radiasi dilakukan selepas pembedahan untuk meningkatkan kesembuhan
seperti pada buah dada. Radiasi juga boleh melegakan gejala-gejala barah terutamanya rasa sakit. Radiasi kadang-kadang dimasukkan
sebagai susuk ke dalam mulut, lidah, rahim untuk mengurangkan pemusnahan sel-sel normal.
-
Kemoterapi iaitu dengan ubat-ubatan untuk memusnahkan kandungan genetik sel barah. Rawatan
cara ini diberi bila barah telah merebak. Pemusnahan kandungan genetik mengakibatkan percambahan sel barah tidak sempurna,
tetapi ia turut melibatkan percambahan sel normal. Kesan sampingan rawatan ini adalah keguguran rambut, loya dan pengurangan
sel darah. Ini kerana sel di bahagian kulit, tulang sumsum dan perut bercambah dengan pesatnya.
-
Terapi hormon diberi pada barah yang bergantung kepada hormon untuk bercambah. Hormon
penghalang pengeluaran hormon yang biasa diberi supaya sel barah ini berhenti bercambah.
Rawatan kombinasi juga diberi untuk barah seperti yang dihidapi oleh kanak-kanak. Pembedahan
diikuti dengan radioterapi kemudian diikuti dengan ubat-ubatan. Dalam kes barah lukemia dan anemia tertentu, radiasi seluruh
tubuh dilakukan sebelum pemindahan tulang sumsum dilaksanakan.
Kebanyakan jenis barah boleh diatasi jika dikesan pada peringkat awal. Oleh itu adalah
penting untuk membuat ujian dan mengesannya di peringkat awal supaya rawatan serta merta dapat diberikan. Selepas sembuh,
rawatan susulan adalah sangat penting terutamanya pemeriksaan di bahagian yang terlibat. Sekiranya mangsa barah boleh hidup
dan sihat sehingga selepas 5 tahun, bolehlah berharap bahawa dia tidak akan lagi dihingapi barah.
Cara mengelak barah
Beberapa langkah boleh diambil untuk mengelak berlakunya barah seperti:
-
Elakkan dari terdedah kepada cahaya matahari secara terus menerus
-
Elakkan menghisap rokok
-
Elakkan menjalani sinar X kecuali jika benar-benar perlu
-
Kurangkan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi
-
Lebihkan makanan yang mengandungi serabut yang tinggi
-
Kurangkan makan bahan-bahan manis
-
Tinggal di kawasan yang tidak tercemar udara
-
Pilih pekerjaan yang tidak mendedahkan diri kepada bahan-bahan yang boleh menyebabkan
barah
Tujuh tanda-tanda barah
-
Perubahan tabii sistem pembuangan najis dan perkencingan
-
Kudis yang tidak boleh sembuh
-
Perdarahan atau lendir yang luar biasa
-
Ketumbuhan pada buah dada atau di tempat lain
-
Makanan tidak hadam atau kepayahan menelan
-
Perubahan ketara pada kutil atau tahi lalat
-
Batuk yang sentiasa ada atau serak suara
Dipetik dari American Cancer Society

Transfer Factor Sebagai Sokongan Kepada Kemoterapi
Pesakit barah yang menjalani rawatan kemoterapi atau radiasi, yang melemahkan sistem
imiun dengan teruknya, akan mendapat faedah yang besar sekiranya mengambil Transfer Factor (TF). Permakanan tambahan TF akan membantu melindungi tubuh dari jangkitan "oportunis", yang selalu berlaku ketika rawatan ini
dijalankan.
Dr. Duane Townsend, bekas Pengarah Onkologi Gynikologikal, Hospital LDS, Salt Lake City,
Amerika Syarikat, memberi TF kepada kesemua pesakit barahnya untuk memperkuatkan sistem imiun mereka bagi mempertingkatkan
keupayaan mereka menghadapi sebarang cabaran kesihatan.
Kedua-dua kajian klinikal di Cina dan di Jepun mendapati bahawa pemusnahan sel normal
(immunosuppression) yang disebabkan rawatan kemoterapi boleh dicegah dengan menggunakan TF. Perlu diingat bahawa pembuangan
sel barah yang tenat atau telah mati dipantau oleh sistem imiun badan. Kajian yang dijalankan di Itali, Jepun dan Amerika
memberitahu kita bahawa pengambilan TF selepas pembedahan ketumbuhan meningkatkan peluang kita untuk bebas dari barah di masa
hadapan.
Sumber rujukan; buku "Transfer Factor - Nature's State-of-the-Arts Immune Fortifiers
by Rita Elkins M.H."
Kajian Pengunaan TF Ke Atas 20 Orang Pesakit Barah
20 orang pesakit, 12 lelaki dan 8 perempuan dipilih untuk kajian "in vivo". Purata umur
mereka adalah 49.3 tahun. Kedua-dua puluh individu berkenaan mengidap barah peringkat ketiga atau keempat. Setiap dari mereka
telah dihantar pulang oleh doktor mereka untuk menunggu kematian. Purata tempoh hayat mereka yang diberikan oleh doktor adalah
3.7 bulan. Keputusan diambil untuk memberi setiap dari mereka 9 kapsul Transfer Factor Plus sehari, mereka juga diberi makan nutrien-nutrien* yang lain. Selepas 8 bulan, 16 orang dari pesakit tersebut masih lagi hidup
dan samada telah sembuh dari barah, bertambah baik ataupun telah stabil.
* Anti-oksidan, digestive enzymes, probiotics dan multi-vitamins.
Kajian dijalankan oleh: Darryl See, MD.
Pengarah, Bioassay Laboratory
Intitute
of Longevity Medicine, USA
Sistem Imune - Angkatan Tentera Tubuh
Mengikut Dr. George C Pack, MD, pakar kanser di Cornell Medical School, hampir
setiap dari kita menpunyai sel kanser di dalam tubuh kita pada setiap masa. Jika sistem imune kita berfungsi dengan baik,
sel-sel ini dihapus atau dimakan oleh pertahanan badan kita sebelum ia dapat bercambah dan membahayakan kesihatan kita. Satu-satunya
pertahanan sebenar kita terhadap serangan kanser adalah sistem imune. Kita mendapat kanser setiap hari tetapi ia dihapuskan
oleh sistem imune tanpa kita menyedarinya.
Mengekalkan sistem pertahanan imune yang kuat bukanlah tugas yang mudah
dalam dunia moden ini. Pendedahan setiap hari kepada pencemaran alam, tekanan hidup seharian, makanan yang mengandungi bahan
kimia, virus baru yang kebal boleh melemahkan sistem imune kita. Yang mengejutkan, penyakit disebabkan sistem imune lemah
sedang meningkat di seluruh dunia. Imuniti yang lemah merupakan faktor utama penyakit seperti candida albicans, chronic
fatigue syndrome, lupus, HIV, hepatitis, mononucleosis, herpes II, kanser dan penyakit yang tersebar melalui seks. Penyakit-penyakit
ini merupakan wabak di zaman ini, dan kebanyakan dari kita tidak mempunyai apa-apa untuk melawannya. Antibiotik, antacids,
imunisasi, dadah cortico-steroid yang berlebihan dan pencemaran alam sekitar akan menjejaskan imbangan sistem imune
ke tahap di mana ia tidak lagi dapat membezakan di antara sel sihat dengan sel yang merbahaya.